Loading.. please wait

Taman Tugu (Tugu Garden)

Adalah sebuah taman yang dibina khas untuk pencinta flora dan fauna yang kian terancam oleh pembangunan bandar. Dibuka pada bulan September 2018 dengan tujuan untuk memelihara dan memulihara tumbuhan hijau, seluas 66 ekar di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan merupakan taman hutan yang dibuka untuk kegunaan awam.  

Untuk menerokai taman ini, ia mengambil masa sekitar 45 minit untuk melihat seluruh kawasan. Disamping itu, taman ini juga menyediakan kawasan beriadah dan beristirehat untuk para pengunjung yang berkunjung ke Taman Tugu. Taman ini juga menyediakan buaian dan menara untuk melihat pemandangan. Di setiap laluan, telah ditandai dengan penunjuk arah supaya tidak tersesat pada waktu lawatan. 

Pada tahun 1930-an, kawasan Taman Tugu merupakan kawasan tempat tinggal yang didiami oleh pegawai British dan rakyat tempatan yang bekerja di Jabatan Pertanian. Sebilangan besar penduduk menghias kebun mereka dengan tanaman-tanaman eksotik dan tanaman-tanaman lain seperti pokok kelapa sawit yang diimport dari Afrika Barat dimana sebilangan pokok dan tumbuhan ini masih wujud sehingga sekarang.

Selepas Kemerdekaan, taman tugu ini dijadikan kawasan kediaman pegawai kanan kerajaan tetapi pada tahun 1970-an kawasan ini telah dibiarkan kosong sehingga menjadi tempat pembuangan sampah haram seperti sampah pembinaan yang mana terpaksa dibersihkan dan dikitar semula sebelum taman ini dibuka.  

Sebanyak 4,000 pokok ditanam di sini dan ditambah dengan 1,000 pokok yang juga telah dipelihara dan kini hasilnya telah pun dapat dilihat tumbuh subur dengan penuh menghijau, variasi berbanding kebanyakan taman di bandar dan hutan simpan di sekitar KL.

More Information:

Waktu Beroperasi: Setiap Hari dari 7 am hingga 6.30 pm.


Yuran Kemasukan (Admission Fee): Percuma (Free of charge)


Alamat (Address):

Taman Tugu, Pesiaran Sultan Salahuddin 50480, Kuala Lumpur, Malaysia


Parking: 

  • In Taman Tugu Nursery OR
  • Padang Merbok Crapark OR 
  • Lake Gardens Multi-Storey Carpark


Article Contributed By: Mr. Almer Altus, Front Desk Management Trainee


Picture credit to : Taman Tugu Project

Link : http://tamantuguproject.com.my/en/