Loading.. please wait

Petrosains Kuala Lumpur

Petrosains juga dikenali sebagai The Discovery Center, merupakan muzium sains dan teknologi Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Petrosains merupakan inspirasi daripada Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ditubuhkan pada 25 Mac 1999. Ia dimiliki dan di kendalikan oleh Petrosains Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh Petronas Malaysia minyak dan gas.

 

Merupakan pusat penerokaan sains yang terletak pada aras menara berkembar Petronas dan menjadi destinasi yang sesuai untuk kanak-kanak bagi meneroka alam sains dan teknologi.

Kompleks yang seakan-akan muzium dan dilengkapi dengan pelbagai informasi ilmiah untuk pengetahuan umum khususnya dalam bidang sains, petroleum dan teknologi. 

Petrosains terbahagi kepada 11 bahagian utama iaitu bahagian pameran yang boleh dikunjungi dan diterokai oleh pengunjung.

Susun atur yang sangat mudah dengan tema futuristik (menuju ke masa depan) yang jelas menggambarkan industri petroleum dengan gaya yang menarik. Galeri ini juga menyediakan papan iklan dengan maklumat terperinci untuk setiap pameran.

 

Galeri utama yang terletak di Lobi, juga mempamerkan kereta lumba Sauber PETRONAS (Formula Satu) merupakan simbol keterlibatan PETRONAS dalam mengembangkan bidang teknologi dan prestasi enjin yang canggih.


Eksplorasi

Di bahagian eksplorasi banyak memaparkan alat dan teknik teknologi yang tinggi dalam bidang penerokaan petroleum dimana menjadi tempat untuk ahli geologi atau ahli seismologi untuk melihat kehidupan semasa bekerja. 


Seterusnya anda boleh menuju ke bahagian ‘Speed’, di sini peminat Formula Satu (F1) dapat melihat pameran secara langsung mengenai sains dan teknologi. Selain itu, terdapat teater mini 3D (The Molecule Nano World) yang boleh memuatkan sehingga 32 orang dalam satu masa.


Dark Ride at Petrosains

Dark Ride merupakan permulaan perjalanan anda ke Petrosains Kuala Lumpur. Dimana perjalanan ini akan membawa anda melalui hutan hujan Malaysia,mendaki gunung dan menyelam ke dasar laut dalam usaha untuk menunjukkan kepada anda transformasi Malaysia dan kemajuannya ke alaf baru.


Kemudian anda akan menemui ‘zon Sparkz’ yang menampilkan pameran seni interaktif di bahagian Tot Spot, manakala bahagian molecule Nano World akan membawa pengunjung mengelilingi pameran ke dunia atom dan molekul 'nano.


Petrojaya

Dengan bertemakan suasana dan kehidupan di kampung yang berkonsepkan kartun, bahagian Petrojaya akan menunjukkan kesan penggunaan petrokimia dalam kehidupan seharian masyarakat tempatan. Paparan ini menggabungkan teknologi tinggi dengan seni wayang kulit Malaysia (permainan bayangan) untuk membentuk sebuah pameran yang unik. 

 

Tarikan lain ialah Geotime Diorama, dimana pameran ini akan membawa anda kembali ke kehidupan 200 juta tahun yang lalu, dengan diiringi dinosaur menyanyi dan juga menunjukkan gempa bumi, fosil dan petroleum. 

 

Salah satu paparan terakhir Petrosains Kuala Lumpur adalah zon Muzik dan Seni dimana pameran yang menggabungkan muzik dan seni ke dalam dunia sains. Akhir sekali adalah ‘Exit Ride’, perjalanan perpisahan yang menyajikan beberapa pencapaian terbesar Malaysia yang dipaparkan dalam bentuk audio visual. 

 

Petrosains Kuala Lumpur bukan sahaja tarikan pelancongan tetapi ia juga memberikan banyak maklumat dengan cara yang menyeronokkan dan menghiburkan. Di samping itu, terdapat juga dua pawagam IMAX 3D dan teater iWerks di sini.

 

Waktu terbaik untuk mengunjungi Petrosains adalah pada hari bekerja kerana pada waktu hujung minggu petrosains akan lebih sesak.

Opening Hours

  • Tuesday - Friday : 09:30 - 17:30
  • Saturday & Sunday : 09:30 - 18:30


Address: Level 4, Suria KLCC, PETRONAS Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre


Tel: +603 2331 8181


Admission Fee:

Malaysian

  • Child (< 3 years) - Free
  • Child (3-12 years) - RM 7.50
  • Adult (13-60 years) - RM 18.50
  • Senior Citizen (61 years & above) - RM 9

Non-Malaysian

  • Child (< 3 years) - Free
  • Child (3-12 years) - RM 16.50
  • Adult (13-60 years) - RM 28
  • Senior Citizen (61 years & above) - RM 14


Transportation:

GoKL City Bus (Free shuttle bus)

  • Take the Green Line Bus at station Fahrenheit88 (In front of Fahrenheit88 shopping centre, 6 minutes walking distance from InnB Park Hotel) and disembark at station KLCC


GrabCar

  • Take a GrabCar from InnB Park Hotel; one way fare is around RM 6 to RM 8. It will take approximately 15 minutes to reach there.


Article Contributed By: Mr. Almer Altus, Front Desk Management Trainee